Amaran: entri ini mengandungi banyak giler gambar, jangan muntah darah! [ehsan dari kamera nik & yati] .Hari tu gi cuti-cuti malaysia ke Bukit Merah... mulanya macam nak tukar plan sebab ramai kata tak best tapi masa tu masih musim hujan, takut plak nak cuti-cuti ke pulau... so belasah je la... end up, not bad... err bagi aku best bangat... maybe sebab pegi dengan member-member seasrama dulu yang sekepala... memang ngam la!
.
Plannya tahun ni nak buat trip sempena dah 10tahun tinggalkan asrama, tapi bukan senang nak organize... sedangkan nak buat gathering jumpa 2-3 jam pun jenuh, ni kan plak nak gi cuti-cuti kan... ramai yang ada komitmen... lain la yang masih single ni kan, takde komitmen... heh! makanya pegi ngan muka2 yang slalu 'ada'... senang nak kawtim...
.Hari pertama:
Pegi bertujuh [5 orang budak asrama, kebetulan ada wakil utk setiap sekolah kecuali SAB + 2 orang adik Jiah sbg 'jurufoto' tak bergaji... ;p]... bagus gi weekdays ni, perjalanan sungguh lancar kecuali kat mana ntah ada road-block... stucked sekejap je pun... yang penting masa tu dah makan... tak la hazab sangat!
~singgah makan tengahari kat RNR...
.
~lepas check-in, tukar-tukar baju terus menuju ke waterpark...

[gambar dicilok dari sini]
Masuk je, Jiah yang dah penah pegi terus suh kitorang main benda alah ni tapi dia kata dia tak nak naik lagi sebab dia dah penah naik. Dari jauh nampak biasa je, tapi giler kecut perut weh!!! Dah la kena panjat tangga naik atas tu sambil bawak pelambung besar. Aku baru separuh jalan, hampir2 nak surender [kegayatan]. Tapi dah alang2 teruskan gak... rasa kitorang jerit cam nak tercabut anak tekak!!! Cheh, patut la Jiah tak nak naik... siap kaverline kata nak tolong amik gambar... padahallllll!!! err gambar kitorang main ni xleh tepek, semua muka cuak! ;p .
.


~masa ni dah hujan... orang lain semua dah naik tinggal kitorang je... .
~makan malam yang sedap dan murah... berbaloi2!

~gendang gendut tali kecapi... kenyang perut sukahati... ;p
.
Malam sedikit bosan kat sini... takde aktiviti menarik... balik tu kunun nak karaoke, skali under maintenance la plak... berborak je la sampai lebam... .Hari Kedua
~lepas b'fast, kita main air lagiiiii... padahal tak reti berenang pun... ekeke...
~baru nak belajar apungkan badan pun dah 'lemas'... camno? ;p
..

~errr ini namanya aksi majalah mangga.... ekeke...
..



~gambar ni pun dicilok dari sini
Masa main kat waterpark aku dah set tak nak naik chairlift dan aku nak hasut diorang naik skycycle ni tapi hampeh! Lepas gi pulau orang utan, dah tu tawaf plak ecopark, dengan cuaca panas giler, semua dah tak larat ... semua ajak naik chairlift... pasrah je la!
.
~tinggi tu beb... dah la takde ciri2 keselamatan...
.
~gayat siotttt... hilang macho gua!. Kuat giler aku pegang besi tu kiri kanan, sampai berpeluh-peluh tapak tangan... nak pandang belakang pun tak berani... dalam hati dah duk bayang macam2... dah la dua2 'sihat'.... tiap kali lalu tiang biru tu, cuak giler... mana taknya bunyi 'gdek gdek' cam tak larat nak jalan je... hahaha... kalau suh naik sekali lagi pun aku fikir 4-5 kali... errr tapi aku kan fobia dengan ketinggian... kira dimaafkan la kan... ;p
. Lepas buat apa-apa yang patut, terus bertolak balik... dalam perjalanan balik ni banyak benor berhenti... sempat singgah kat Kuala Sepetang cari mee udang... masa nak cari tempat ni, rasa jauh giler...
.

~muka2 perut ketat...
.Berhenti kat 2-3 tempat lagi untuk singgah solat etc... bla bla bla end up sampai rumah dah kul 12.45am...
.
Walaupun kejap & padat, still best bangat! kali ni organize small scale short trip, next time leh try organize lagi cuti-cuti camni... really had a great time...
.
..
ps: 4 to go!